Sunday, 4 May 2014

REALITI SEBUAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum…….

Setiap makluk yang bernyawa di bumi Allah ini tidak akan lari daripada menimpa musibah. Cara musibah atau dugaan  yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut kemampuan mereka masing-masing. Allah tidak akan menguji  hambanya yang tidak mampu menempuhinya. Kita sebagai hamba,hanya mampu berdoa dan menerima dugaan ini dengan hati yang terbuka.Kita harus bersyukur,dengan menerima dugaan ini kita tahu bahawa Allah sayangkan kita dan selalu mengingati kita sebagai hambanya.Mungkin dengan menerima dugaan ini juga,Allah ingin  memberi  sesuatu yang lebih baik yang kita tidak mengetahuinya. Kita hanya mampu merancang,allah yang menentukan segala-galanya.Kita harus berbanyakkan bersabar.Seperti hadis nabi: الصبر من الإيمان (Sabar itu separuh daripada imam.)


Khas buat Kak Nurul Aunie Wajihah Binti Zaid dan Muhammad Rabani Bin Mohd Samson Semoga  dengan coretan yang tidak seberapa ini akan memberi sedikit semangat dan kekuatan untuk kalian berdua.Semoga tabah menghadapinya.Disini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kejadian yang berlaku kepada sepasang suami isteri ini.Pada tanggal 17 april 2014,pada hari khamis ,mereka telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.Sebelum mereka terlibat dalam kemalangan,mereka telah pulang ke Johor Bharu untuk menziarahi nenek Rabani kerana neneknya telah pulang ke rahmatullah.Dalam kejadian tersebut,kak auni telah mengalami kecederaan yang agak teruk berbanding dengan suami nya Rabani yang tidak mengalami apa-apa pun kecederaan.Kak Auni telah dirawat di Hospital Besar Johor Bharu.Ramai Sahabat-sahabat telah melawat dan melihat keadaan kak Auni.Daripada hasil lawatan kami,kami turut simpati dengan keadaan kak Auni yang tidak boleh bergerak kerana mengalami keretakan tulang belakang.Bak kata pepatah melayu,Berat mata memandang,berat lagi bahu ynag memikul…begitulah keadaan dan perasaan yang harus mereka rasai. Dunia ini ibarat roda,kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah…begitulah dengan kehidupan kita ada kalanya bahagia dan ada kalanya duga, jadi kita perlu menerimanya.

Kita sebagai orang islam,jika kita mendapat musibah atau sesusahan,kita janganlah cepat merungut ataupun bersangka buruk terhadap Allah.Ini kerana kita berangapan seolah-olah kita tidak rela dan redha dengan ujian yang Allah berikan kepada kita dan kita harus beriman dengan qada dan qadar Allah.Hidup kita penuh dengan liku-liku dugaan dan kebahagiaan.Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.Semasa kita diduga dengan musibah,kita seboleh-boleh nya bacalah doa ini:

Semoga dengan membaca doa ini,hati kita akan tenang, lapang dan redha dengan dugan ini.….insya Allah.

Kepada sahabat-sahabat semua,kita haruslah memberi kata-kata semangat dan peransang kepada mereka berdua.Jika dapat kita lihat,dari segi luaran mereka kita liahat mereka kuat tetapi didalam hati mereka siapa yang tahu kecuali Pencipta kita. Kita sebagai sahabat haruslah perbanyakkan berdoa dan solat hajat agar kak Auni cepat sembuh dan boleh kembali untuk meneruskan pembelajaran dan kembali normal seperti kawan-kawan yang lain….Kami rindu dengan telatah dan guarau senda daripada mereka berdua…kembalilah cahaya hidupmu wahai sahabatku.Kita harus bersyukur dengan kurniaan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.Nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita sangat bernilai bahkan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit….Sampai di sini sahaja coretan daripada saya..jika ada salah dan silap,saya memohon beribu kemaafan..saya hanya manusia biasa,tidak pernah lari dari melakukan kesalahan… sekian…Wasalam.